Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Pemuda PAS soal DAP, sokong Mahathir kekal PM hingga PRU15?

KUALA LUMPUR, 19 Feb — Ketua Pemuda PAS bertanya DAP sama ada mereka menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri hingga pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Cabaran untuk DAP dan Lim Guan Eng, adakah mereka bersetuju dan menyokong Mahathir menjadi perdana menteri sehingga PRU15?” soal Muhammad Khalil Abdul Hadi di Facebook.

Gesaan
Loading...
tersebut dibuat wakil rakyat Batu Burok berikutan setiausaha agung DAP meminta PAS menunjukkan bukti dakwaan dua parti dalam Pakatan Harapan mahu menyingkirkan Mahathir.

Dakwaan itu dibuat setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dengan merujuk pertemuan Mahathir bersama tiga pemimpin PAS termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang Jumaat lalu.

Khalil berkata tiada gunanya Lim menggesa Takiyuddin, yang mendedahkan perkara itu di media, untuk menunjuk bukti sedangkan menteri kewangan boleh bertanya Mahathir sendiri.

“Kenapa Lim tidak tanya Mahathir sendiri untuk apa keperluan dan sebab meminta dokumen sokongan dari PAS?” katanya yang melabel wakil rakyat Bagan “berlagak” tetapi “penakut”.

“Sebenarnya Lim tidak berani tanya Mahathir kerana hanya akan mendedahkan pekung yang telah lama bernanah di dalam PH,” katanya yang yakin kerajaan PH “sedang retak menunggu belah”.
Loading...
Back To Top