Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Orang Islam Juga Ada Yang Hina Nabi

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Malaysia bukan negara Taliban. Tangkap, lima minit kemudian terus jatuh hukuman.
Loading...
Lebih keras hukuman lebih bagus.

Hina Nabi salah. Namun pesalah bukan boleh dihukum terus. Pesalah perlu disiasat dengan saksama.
Setelah terbukti kesalahan dibuat dengan sedar dan sengaja, hukumlah.

Nabi juga tidak terus menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengaku salah di depan baginda.
Proses soal siasat oleh Nabi sendiri berlaku sangat teliti. Nabi menanyakan pelbagai kemungkinan untuk memastikan keadilan tertegak.

Hina Nabi bukan saja berlaku dalam kalangan orang kafir. Orang Islam juga ada yang hina Nabi tanpa sedar.

Misalnya, agamawan yang berkata, Nabi berkata begitu dan begini, padahal Nabi tidak berkata begitu.

Itu pembohongan dan penghinaan ke atas Nabi. Tapi oleh kerana penghina itu agamawan, hal itu tidak dianggap menghina.

Yalah... Dalam dunia ini ada orang yang berasa dirinya suci.
Loading...
Back To Top