CHUKAI: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengelakkan diri daripada ditemubual media yang mahu mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas menghadiri Majlis Ijtimak Siber Malaysia di sini,semalam
Hadi yang tiba di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) jam 4 petang itu, kemudiannya memberi ucapan Perasmian Penutup kepada kira-kira 2,000 peserta yang hadir.
Bagaimanapun, sebaik majlis selesai, Hadi yang dikawal sekurang-kurangnya empat individu berpakaian pengawal peribadi, terus meninggalkan perkarangan dewan dengan menaiki Nissan Xtrail.
Turut berada bersamanya dalam kenderaan itu adalah Setiausaha

Loading...
Politiknya, Syahir Sulaiman.
Usaha wartawan mendekati Ahli Parlimen Marang itu untuk mendapatkan penjelasan lanjut juga tidak diendahkan.
Terdahulu, Dr Mahathir membuat pendedahan mengejutkan apabila berkata PAS tidak akan menyokong UMNO dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.
Perdana Menteri berkata perkara itu diakui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang bertemu dengannya di Yayasan Al-Bukhary semalam.
“Dalam pertemuan itu, kami bincang soal politik. Banyak soal politik. Mengenai pihak parti PAS dalam pilihan raya kali ini, dia tidak akan menyokong pembangkang (UMNO).
“PAS tidak akan menyokong UMNO dalam PRK kali ini. Tetapi ada juga pengakuan secara bertulis dan ditandatangani,” katanya selepas menyampaikan ucap utama dalam Pesta Demokrasi Kuala Lumpur 2019 anjuran Gerakan Pembaharuan Untuk Asia Tenggara (FORSEA)
Semalam, Hadi dalam sidang media di Terengganu, berkata pertemuannya dengan Perdana Menteri adalah bagi membincangkan penyelarasan pentadbiran antara kerajaan negeri dengan Persekutuan.
Beliau berkata, pertemuan itu turut menyentuh mengenai Wang Tunai Petroleum (WTP), Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) dan projek Kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya tidak wujud sebarang percanggahan.
Abdul Hadi turut menyifatkan pertemuan itu mendapat reaksi positif Dr Mahathir.