Calon PSM bagi PRK Semenyih, Nik Aziz Afiq Abdul berkata, dakwaan oleh Dr. Mahathir itu berkemungkinan akan menyebabkan penyokong-penyokong Pas di Semenyih akan memberikan undi kepada dirinya.

“Penyokong-penyokong Pas ini ada masalah dengan parti-parti dalam PH malah ketika ini kita tidak tahu pula bagaimana hubungan mereka dengan UMNO, jadi saya merupakan calon terbaik. 

“Saya lihat ini merupakan satu kelebihan, oleh itu saya berharap ahli-ahli Pas dapat faham perjuangan saya sekali gus dapat memberikan sokongan kepada PSM,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat akuan berkanun dengan tujuan mengisytiharkan harta di Semenyih, di sini hari ini. 

Semalam Dr. Mahathir mendakwa terdapat pengakuan secara bertulis kononnya Pas tidak akan menyokong UMNO dalam pertemuannya dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu negara, kelmarin.