Soal takdir, soal Yang Maha Esa, segala yang berlaku telah tertulis. Sebagai umat Islam, kita perlu beriman kepada qadak dan qadar. Bahawasanya segala yang berlaku telah ditentukan lebih awal. 

PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, DUN Sungai Kandis, DUN Balakong dan DUN Semenyih yang paling terkini, sekali lagi menyaksikan parti-parti bertanding akan berkempen demi kemenangan calon masing-masing. 

PRK ini penting untuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membuktikan kepada rakyat bahawa sokongan kepada kedua-dua pihak semakin kukuh atau rapuh. Kita sendiri sudah menyaksikan bagaimana di PRK Parlimen Cameron Highlands, BN terus mengekalkan kerusi yang mereka menangi semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

PRK DUN Semenyih pula sudah tentu menjadi medan bakti dan bukti sama ada pemimpin PH mampu bertahan dengan majoriti selesa atau akan wujud undi protes dalam kalangan rakyat mahupun ahli mereka sendiri. 

Harus diingat PH menerima sokongan yang kuat disebabkan isu semasa dan manifesto menarik yang ditampilkan. Selepas setahun pelbagai alasan diberikan untuk semua manifesto tersebut tidak direalisasikan. 

Kempen memansuhkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang kini dikenali sebagai Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) sudah pasti memberi tekanan kepada PH