Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah
KEMASUKAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ke Sabah, kemungkinan bakal menyebabkan UMNO ‘berkubur’ di negeri itu, berikutan ramai ahli parti terbabit dijangka mengikuti langkah bekas pemimpin mereka menyertai BERSATU dalam tempoh terdekat ini.
Ia berdasarkan kedudukan UMNO Sabah ketika ini yang hanya diwakili masing-masing seorang Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, UMNO memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ramai pemimpin keluar UMNO
Bagaimanapun, satu demi satu wakil rakyat UMNO mengambil keputusan meninggalkan parti itu, bermula dengan ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar; Datuk Hamisa Samat (Tanjung Batu) dan Datuk Abdul Muis Picho (Sebatik).
Ketiga-tiga mereka bersama dua lagi ADUN mewakili Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menyokong Parti Warisan Sabah (WARISAN) bagi membolehkan gabungan WARISAN dan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan negeri.
Tindakan mereka kemudian disusuli dua lagi ADUN dari UMNO, iaitu Datuk Bolkiah Ismail (Pitas) dan Datuk James Ratib (Sugut) yang masing-masing menyertai WARISAN dan UPKO sebelum diikuti ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman yang juga menyertai WARISAN.
Baki lapan ADUN diketuai bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Hajiji Noor (Sulaman) meninggalkan parti

Loading...
itu pada akhir tahun lalu bersama lima Ahli Parlimen iaitu Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran), Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat), Datuk Zakaria Edris (Libaran) dan Yamani Hafez Musa (Sipitang).
Seorang lagi bekas Ahli Parlimen UMNO, iaitu Datuk Seri Anifah Aman yang juga bekas Menteri Luar meninggalkan UMNO pada September tahun lalu dan beliau dikatakan berminat menubuhkan parti sendiri berasaskan Perjanjian Malaysia (MA63).
Ketika ini, wakil rakyat UMNO yang masih bertahan ialah Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, selain bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman (ADUN Sungai Sibuga).
Pendirian Musa belum diketahui
Bagaimanapun, pendirian Musa sama ada mahu kekal dalam UMNO atau sebaliknya belum diketahui kerana beliau tidak membuat apa-apa pengumuman setakat ini, namun ada kemungkinan beliau mengikut jejak anaknya yang juga Ahli Parlimen Sipitang.
Jika itu berlaku, bermakna UMNO Sabah hanya ada seorang wakil Rakyat di Parlimen iaitu Bung Moktar, manakala tiada wakil dalam DUN Sabah.
Semalam, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan keputusan parti itu untuk mengembangkan sayap ke Sabah dan ia disambut dengan luahan syukur beberapa bekas pemimpin UMNO Sabah termasuk Hajiji.
Hajiji dalam maklum balasnya berhubung langkah BERSATU itu, mendakwa kira-kira 100,000 ahli UMNO termasuk bekas wakil rakyatnya sudah menyerahkan borang untuk menyertai BERSATU setakat ini.
Bagaimanapun, Bung Moktar dalam kenyataannya kepada sebuah portal berita, menyangkal tindakan BERSATU itu memberi sebarang kesan kepada UMNO Sabah, sebaliknya mendakwa ia akan lebih dirasai WARISAN.
“Mereka (BERSATU) sudah melanggar perjanjian. Ia tiada kena- mengena dengan UMNO tetapi lebih kepada WARISAN. Ia langkah yang baik bagi BERSATU tetapi tidak kepada pihak lain, khususnya WARISAN yang akan kehilangan lebih banyak,” dakwanya.
Bung Moktar menyimpan keyakinan tiada lagi ahli UMNO akan meninggalkan parti itu, selepas akhir tahun lalu yang turut menyaksikan 21 daripada 25 Ketua Bahagian keluar parti.