Ketua Penerangnnya, Nazman Che Ibrahim berkata, pihaknya turut mendesak pihak berkuasa supaya melakukan siasatan secara terperinci mengenai dakwaan tersebut khususnya penyebaran audio percakapan yang dikatakan di antara Siti Kassim dengan seorang lelaki Orang Asli dari Gerik, Perak yang mengaitkan konspirasi tersebut.

Beliau berkata, sekiranya terbukti benar butiran disebut dalam audio itu, maka bermakna Peguam Negara telah berada di bawah ‘telunjuk’ politik serta sesuatu yang amat mengecewakan, memalukan dan menambah lagi titik hitam sejarah negara.

"Negara digemparkan lagi dengan pendedahan terbaharu rakaman audio yang didakwa suara perbualan antara peguam, Siti Kassim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kassim dengan seorang penduduk Orang Asli dari Gerik, Perak.

"Audio tersebut sekali gus bakal memberi jawapan terhadap tujuan serta motif saman yang telah dikemukakan Kerajaan Pusat diterajui Pakatan Harapan