Perkara itu ditegaskan oleh seorang penduduk, Datuk Seri Abd. Rahim Mohd. Radzi semasa majlis dialog antara penduduk dan pihak berkuasa berkaitan isu anjing di sini malam tadi.

Jika pengerusi masjid kami dipenjarakan, saya juga akan ikut bersama, bahkan semua penduduk taman perumahan ini,” katanya yang menerima sorakan tanda sokongan daripada kira-kira 200 penduduk yang hadir.

Mohd. Asna yang merupakan Pengerusi Masjid Ibnu Khaldun Lavender Heights disiasat polis selepas seorang penduduk membuat laporan mendakwa tiga ekor anjing termasuk seekor miliknya mati akibat diberi racun awal bulan ini.

Beliau menjadi sasaran kecaman selepas tangkap layar perbualannya dengan penduduk berhubung isu anjing di perumahan itu menerusi aplikasi WhatsApp tular baru-baru ini.