Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Terengganu: Jambatan Sri Bayas Akan Dibina Jun Ini

Loading...

Oleh: Abd Muhaimin Muhammed

SETIU, 15 Januari- Pembinaan Jambatan Kampung Sri Bayas, di sini sepanjang 100 meter dan jalan raya sejauh sekilometer yang membabitkan peruntukan RM10 juta dijangka akan mula dibina selewat-lewatnya Jun ini. 

Menurut Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, jambatan tersebut sudah diluluskan dalam pembentangan Dewan Negara baru-baru ini di bawah peruntukkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.


Katanya, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) turun melawat tapak jambatan itu bertujuan merekabentuk pelan, kesesuaian lokasi, keluasan dan ketinggian jambatan sebelum dapat dibina paling lewat Jun ini.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak terlibat kerana telah menyenaraikan jambatan itu sebagai projek terdesak dan akan dibina dalam tempoh terdekat,"katanya selepas Lawatan Kerja Meninjau Tapak Jambatan bersama JKR, hari ini. 


Sementara itu, menurut Jurutera JKR Daerah Setiu Wan Zaid Sulong, berkata pihaknya akan melihat keadaan fizikal lokasi dan akan mula merekabentuk pelan jambatan dan jalan tuju yang akan dibina.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Setiu yang telah berusaha bagi merealisasikan pembinaan jambatan baru ini yang telah sekian lama membuat permohonan,"katanya.

Loading...
Back To Top