Bukankah sudah boleh membentuk majoriti mudah (112 kerusi)? Atau mencecah 148 majoriti dua pertiga jika dicampur kerusi-kerusi milik bumiputera Sabah dan Sarawak.

Opss! itu cuma imaginasi Tumpang sahaja. Bukanlah Tumpang ini rasis. Tapi mustahillah akan berlaku tautan parti-parti Melayu ini duduk bawah satu bumbung kalau diambil kira politik ‘lawan jadi kawan, kawan jadi lawan’.

Menyentuh pasal orang Melayu secara keseluruhan (bukan politik semata-mata), sukalah Tumpang memetik ungkapan seorang ahli fikir Barat, George Santayana: “Mereka yang tidak belajar daripada sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali”.

Apakah orang Melayu mendapat pelajaran daripada sejarah mereka terutama sejarah 450 tahun mereka dijajah?

Orang Melayu di zaman penjajah suatu ketika tidak bersemangat. Mereka anggap diri sebagai manusia kelas dua dan mereka sedia menyerah apa sahaja kepada orang lain yang mereka percaya lebih berkebolehan daripada mereka. Pentadbiran negara, perniagaan dan perusahaan, kerja biasa pun semuanya diserah kepada orang asing.

Dengan itu pada satu masa awal abad ke-20 jumlah orang asing di negeri-negeri Melayu melebihi jumlah orang Melayu. Jika tidak kerana kemelesetan ekonomi dunia (resesi) yang teruk pada tahun 30-an, hari ini orang Melayu mungkin menjadi kaum minoriti di Malaysia seperti di Singapura. 

Tetapi resesi 1930 menyebabkan ramai daripada orang Cina dan India balik ke negara mereka. Dengan itu jumlah orang Melayu melebihi sedikit daripada orang mendatang. Dengan itu yang menuntut kemerdekaan dan menerajui kerajaan