Ini kerana risalah dalam bahasa Inggeris dan Malayalam itu dibalut dengan plastik sebelum diletakkan di dalam peti surat atau diselitkan pada pagar rumah penduduk taman itu yang 100 peratus beragama Islam.

Wakil Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Pulau Pinang Saiful Anuar Sazali berkata, tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab ini boleh menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan penduduk serta menggugat keharmonian antara kaum.