Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

KJ mengaku salah, dulu tak anggap 1MDB isu besar

SHAH ALAM, 11 Nov — Khairy Jamaluddin mengakui kesilapan kerana tidak percaya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan isu besar ketika berada dalam kerajaan.

Menafikan bersikap seperti lalang apabila
Loading...
lantang mengkritik Datuk Seri Najib Razak, wakil rakyat Rembau bagaimanapun masih menghormati bekas ketuanya itu, lapor Sinar Harian.

“Takkan lah saya tak boleh kata, saya dah sedar diri dan mengakui, saya pun salah sebab saya pada satu ketika dulu anggap 1MDB bukan isu besar,” katanya dalam wawancara Bernama Radio semalam.
“Padahal ia memang isu besar dan sekarang ini ia telah pun dibuktikan di mahkamah di Amerika Syarikat dan sebagainya.”

Mengulas dakwaan mengapa kini membangkitkan isu berkenaan, bekas ketua Pemuda Umno itu berkata ada ahli jemaah menteri yang sudah bersuara dalam kabinet tetapi “tidak boleh bersuara di luar.”

“[...] skandal ini adalah realiti dan telah membentuk persepsi pengundi Malaysia yang sangat negatif terhadap BN,” katanya.
Loading...
Back To Top