Petisyen tersebut digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menerusi tandatangan atas talian Change.Org itu turut memberitahu tujuan petisyen berkenaan dilancarkan.

GPS berkata, antara sebabnya ialah tindakan Waytha Moorthy yang telah memburukkan imej negara Malaysia di peringkat antarabangsa dengan menyebarkan fitnah bahawa kononnya rakyat Malaysia beragama Hindu didiskriminasikan dan perlu memeluk Islam jika mahu mendapatkan pekerjaan dalam sektor-sektor awam.

Tambahnya, Waytha Moorthy turut mendakwa rumah-rumah ibadat masyarakat beragama Hindu turut dirobohkan sesuka hati oleh pihak-pihak berkuasa di Malaysia.

“Selain itu, beliau berkeras mahu meratifikasikan ICERD, gagal untuk mengawal ketegangan kaum yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini walaupun telah diberikan mandat untuk berbuat demikian sebagai menteri dan