Sehubungan itu, katanya, tawaran untuk mengosongkan ke­rusi Parlimen Sungai Petani yang disandangnya bagi memboleh­kan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sentiasa terbuka.
“Saya mahu bangunkan Kedah kerana negeri ini sekarang adalah yang kedua tercorot di negara ini dan saya bersedia jika diarahkan memimpin Kedah,” katanya selepas menghadiri majlis Ulang Tahun Ke-20 Reformasi di sini malam tadi.
Sebelum ini, sejurus Pakatan Harapan (PH) menawan Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tular dalam media sosial surat watikah pelantikan Johari sebagai Menteri Besar Kedah.
Namun perkara itu tidak berlaku apabila Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN)