Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

DAP ADALAH ‘TOK DALANG’ DI SEBALIK STRATEGI PH – GPMS

Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohammad bertanding menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanya akan menguntungkan DAP, sekali gus memecah-belahkan Melayu dan Bumiputera.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Haji Zambri Mohd Isa, berkata walaupun PH bersetuju menggunakan satu logo tetapi hakikat di sebalik strategi dan perancangan gabungan itu ‘didalangi’ pemain politik utama PH iaitu DAP.

“DAP (memang) jenis baling batu sembunyi tangan. Mereka adalah ‘tok dalang’ di sebalik semua strategi PH. Mereka (DAP) hanya mempergunakan Dr Mahathir untuk
Loading...
mencapai hasrat mereka.

“Melayu kena sedar dan faham bahawa PH bukan betul-betul memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera.

“Mereka (DAP) ada agenda sendiri dan Dr Mahathir hanya ‘boneka’ kepada mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zambri berkata, perjuangan Dr Mahathir bukan memperjuangkan Melayu dan parti tetapi disebabkan masalah peribadi serta keinginannya untuk mengangkat anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

Beliau mengakui status dari sudut perundangan Dr Mahathir adalah sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), namun ia hanya satu ‘bayangan’.

Katanya, hakikat di sebalik penggunaan logo PKR adalah untuk melaga-lagakan Melayu supaya berpecah-belah yang akhirnya memberi keuntungan kepada pihak ketiga iaitu DAP.

“Kalau PKR menang, yang untung adalah DAP. Mereka ‘kingmaker’ PH. Dalam gabungan PH, kita tidak melihat PPBM ke depan’ (menonjol) tetapi tunjang PH adalah DAP.

“PKR hanya parti yang ‘menurut’. Akhirnya siapa nak memperjuangkan Melayu dan sokongan kepada PH tidak menguntungkan Melayu,” katanya.

Sebaliknya, Zambri berkata, Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO akan terus memperjuang dan menunjangi hak Melayu serta Bumiputera dan ia jelas dilihat menerusi perbandingan aku janji Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Sabtu lalu.
Loading...
Back To Top