Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Bagaimana Anwar Ibrahim boleh keluar kenyataan media?

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed akan mendapatkan
Loading...
penjelasan daripada Jabatan Penjara Malaysia selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan rasmi yang dilaporkan media semalam.

Menurutnya, bekas ketua pembangkang itu melanggar peraturan penjara jika didapati berkomunikasi dengan dunia luar tanpa kebenaran.

“Saya ingin tahu. Adakah kenyataan ini daripada Anwar Ibrahim?

“Akan semak dengan ketua pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar,” kata Jazlan di Twitter, Sabtu.

Semalam Anwar mengeluarkan kenyataan yang mengkritik kerajaan kerana meluluskan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya dan pembentangan rang undang-undang berita palsu.

Sebelum ini, Jazlan pernah memberi amaran kepada Anwar untuk tidak melanggar peraturan penjara kerana ia boleh menjejaskan tempoh pemenjaraannya.

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara sejak 2015, dijadual dibebaskan pada 8 Jun ini.
Loading...
Back To Top