Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

[PETANDA PRU14?]Laporan: SPR tempah helikopter di Sabah untuk April-Mei


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaporkan telah menempah semua helikopter persendirian di Sabah untuk bulan April dan Mei.
Laporan The Star Online hari ini memetik dua syarikat perkhidmatan menyewa helikopter di negeri itu yang mengesahkan seluruh helikopter mereka telah ditempah untuk dua bulan itu.
Walaupun ia tidak semestinya bermakna SPR pasti bila pilihan raya akan diadakan, tetapi kebarangkalian tetap wujud untuk ia dilaksanakan dalam tempoh itu.
Helikopter menjadi pengangkutan penting di Sabah dan juga Sarawak ekoran keluasan negeri tersebut.
Loading...
#444444; margin-bottom: 25px; margin-top: 15px;">Menurut laporan itu, SPR menyewa 38 helikopter dengan kos RM33.4 juta bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 2016.
Dewan Rakyat dijadual mula bersidang pada kali pertama tahun ini pada 5 Mac ini dan akan berlangsung sehingga 5 April.
Ketika itu kerajaan dijangka akan meluluskan beberapa rang undang-undang, termasuk melibatkan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Ada pemerhati politik yang meramalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan mengadakan pilihan raya sebelum 15 Mei ini, iaitu sebelum bulan Ramadan.
Namun Malaysia pernah menyaksikan dua pilihan raya kecil diadakan pada bulan puasa pada 2016.
Penggal kali ini akan tamat pada 24 Jun ini dan pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu. - MK

Loading...
Back To Top