Loading...
siasatan.
Menurut beliau, sepucuk surat telahpun dihantar pada 26 Jan lalu kepada Ngeh bagi tujuan menjemput beliau memberi percakapan kepada pegawai penyiasat kanan polis.
``Polis sedang melengkapkan siasatan bagi tujuan menyemak sama ada kes tersebut mempunyai keterangan yang mencukupi atau tidak dan kes itu kini dalam proses polis untuk membuat keputusan terhadap kes yang disiasat mengikut Akta Hasutan 1948,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Hasnan berkata, siasatan kes itu menumpukan isu jenayah sebagaimana yang dilaporkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Menurut beliau, keterangan kesemua saksi yang terlibat dalam kes itu telah diambil.
``Mereka memberi kerjasama sepenuhnya bagi pihak polis mendapatkan keterangan berkaitan.
``Sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada beliau (Ngeh), pihak polis akan menggunakan peruntukan Seksyen 111 Kanan Prosedur Jenayah (Akta 593) sebagai satu arahan untuk beliau menghadiri penyiasatan ini,” katanya.