Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

KIT SIANG, JANGAN LAWAN ARUS!....AIKKK MACAM DAH TAHU KALAH AJER

Loading...
Penasihat DAP, Lim Kit Siang diingatkan supaya tidak melawan arus perkembangan semasa global dengan cara mempertikaikan usaha kerajaan mewujudkan jawatankuasa khas bagi membasmi berita palsu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ancaman berita palsu kini menjadi kebimbangan di seluruh dunia dengan rata-rata negara lain telah mengambil inisiatif bagi mengekang perkara tersebut di tempat masing-masing.

“Tindakan beliau ini tidak secocok dengan perkembangan semasa di seluruh dunia. Ini (kenyataan Kit Siang) berbaur politik pembangkang.

“Kita memang jangka reaksi sebegini kerana jarang sekali pembangkang bersetuju dengan langkah diambil kerajaan biarpun tujuannya baik iaitu untuk menjaga keamanan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Dialog Khas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Bersama Kakitangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) serta ahli Himpunan Siswazah Kelantan (Himsak).

Kit Siang dilaporkan mendakwa kononnya pengumuman kerajaan untuk menggubal undang-undang baharu bagi mengekang penularan berita palsu tidak meningkatkan keyakinan rakyat memandangkan kerajaan BN sendiri merupakan penyumbang terbesar berita palsu di negara ini.
Loading...
Back To Top