Loading...
menegaskan orang ramai agar tidak mempercayai gambar kenderaan polis negara China kononnya untuk digunakan di negara ini yang tular di media sosial sejak semalam.
Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad berkata, kenderaan berkenaan digunakan untuk penggambaran filem bertajuk ‘The Original Sin’ di Putrajaya untuk tayangan di negara China.
“PDRM memandang serius dakwaan dan persoalan yang dibangkitkan di sebuah laman Facebook yang menggunakan gambar bekas pemimpin negara tersebut kerana ia jelas berniat serong dan cuba membangkitkan persepsi negatif terhadap agensi kerajaan.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak memuat naik sebarang status tanpa terlebih dahulu mendapatkan maklumat yang sahih kerana ia boleh membawa implikasi yang negatif terhadap pihak tertentu,” tegasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN