Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Tuan Ibrahim ulas kes Mahfuz... buah busuk jatuh sendiri

“(Buah) harumanis bila dah busuk, dia jatuh sendiri" itu antara petikan di laman facebook Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dipercayai mengulas kes Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar umum keluar PAS.

Harumanis adalah buah mangga asal Perlis yang mana kulisnya hijau tapi isi dalam berwarna oren.

Ia selalu dijadikan perlambangan pemimpin PAS yang cenderung kepada Parti
Loading...
Amanah Negara (PAN) yang merupakan serpihan PAS.

Menurut Tuan Ibrahim ‘harumanis’ akan jatuh sendiri ke tanah apabila tidak dipedulikan pemiliknya.

“Harumanis bila dah busuk, dia jatuh sendiri dan pada waktu itu sekupang pun orang tak tak mahu beli,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengumumkan untuk meninggalkan PAS selepas lebih 20 tahun berada dalam parti itu.

Berdasarkan isi kandungan surat kepada Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, Mahfuz berkata, pemberhentian sebagai ahli PAS berkuat kuasa 11.59 malam pada Ahad.

Bagaimanapun, Mahfuz berkata, beliau belum memutuskan parti mana yang akan disertainya.

“Jangan jadi seperti ayam betina, bila bertelor dia sendiri terkejut dengan telornya, riuh sekampung. Namun tiada siapa pun peduli kecuali jenis ayam juga,” jelas Tuan Ibrahim lagi.
Loading...
Back To Top