Spekulasi untuk melantik Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sementara sekiranya Pakatan Harapan (PH) berkuasa jelas menunjukkan pakatan itu masih belum layak untuk melaksanakan perubahan dan memacu Malaysia ke arah kemajuan.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, spekulasi itu juga secara tidak langsung memberi gambaran bahawa pembangkang masih gagal mencari kesepakatan untuk melantik Perdana Menteri yang paling layak.
"Apa maksud 'sementara'? Maksudnya, sementara menunggu menang pilihan raya umum ke 14 (PRU14), bolehlah umum dulu Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara. Selepas

Loading...
menang belakang cerita.
"Dengan kata lain pembangkang juga gagal menawarkan kepada rakyat Perdana Menteri terbaik sehingga terpaksa 'recycle' bekas Perdana Menteri 22 tahun untuk menjadi Perdana Menteri sementara," kataya dalam satu kenyataan.
Tambah Mohd Puad lagi, Perdana Menteri Sementara membuktikan bahawa masing-masing di dalam parti pembangkang ada calon menunggu untuk menjadi Perdana Menteri tetapi semuanya mempunyai masalah.
"Ia sekaligus membuka pekung di dada setiap parti dalam Pakatan Pembangkang.
"Perdana Menteri Sementara dipersetujui kerana PKR mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi PM bila bebas nanti. DAP juga bersetuju kerana mereka mahu Lim Kit Siang jadi PM.
"Tun Mahathir bersetuju kerana dia mahu anaknya, Datuk Seri Mukhriz jadi Perdana Menteri. Muhyiddin (Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin) juga bersetuju kerana seperti biasa dia juga akan memainkan muslihatnya di saat akhir untuk menjadi Perdana Menteri.
"Dalam kata lain, Perdana Menteri sementara membawa makna akan berlaku konflik saling menikam sesama mereka jika mendapat kuasa dan rakyat juga yang tertipu," katanya.