Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

PERTELAGAHAN PARTI BUNGA BERTAMBAH PARAH, KALI INI DI PAHANG PULAK

TINDAKAN Mahathir meneruskan AGM parti bunga raya Sabtu lepas sekalipun tidak satu cawangan dan bahagian parti itu yang bermesyuarat untuk memilih perwakilan ke AGM, menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin akar umbi parti setahun jagung itu.

Memanglah tak puas hati.  Perwakilan yang datang tu mewakili siapa, siapa yang memberi kuasa kepada mereka untuk jadi perwakilan dalam AGM dan sebagainya.

Selepas bunga raya Johor, kini bunga raya Pahang pula menyusul membuat laporan kepada pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung kecacatan yang boleh dilihat hampir dimana-mana dalam penganjuran AGM berkenaan.

Begitupun, tindakan mengikut undang-undang oleh bunga bahagian Temerloh ini mendapat kecaman dari Ketua Perhubungan Negeri
Loading...
parti tersebut yang menyelar keputusan bahagian berkenaan untuk melapor kepada RoS.  Seperti mana Pengerusinya jugak, habis dihina dan direndah-rendahnya orang yang tak sehaluan dengan kecaman yang pelbagai.

Kata demokrasi.

Malah, demi memberi ‘hak’ kepadanya untuk bercakap bagi pihak bahagian itu, Ketua Perhubungan Negeri sanggup menipu dengan mendakwa sebagai pemangku ketua pemuda Temerloh.  Padahal pemangku ketua pemuda bahagian itu adalah orang lain dan dia bersama ketua bahagiannya dalam membantah penganjuran AGM oleh Mahathir yang melanggar perlembagaan parti sendiri.

Sampai macam itu sekali.  Sedangkan isu yang dibangkitkan sehingga membawa laoran kepadaRoS ini (AGM tidak sah dan melanggar perlembagaan sendiri), tak langsung dibincangkan.

Ketua Perhubungan Negeri ni maksudnya, kalau bunga raya menang banyak kerusi di negeri tersebut, orang yang berkenaan akan jadi Menteri Besarlah.  Boleh pulak dia menurunkan pangkatnya ke pemangku Ketua Pemuda, bahagian pulak tu semata-mata nak mengahalang kebenaran mengenai AGM cacat yang Mahathir anjurkan dari diketahui umum.

Inilah yang selalu kita kata bunga ni parti bercelaru.  Macam Pengerusinya jugaklah.
Loading...
Back To Top