Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kata maaf Tun M hanya mahu raih sokongan penyokong pembangkang - Penganalisis

Mohon Maaf pasal Apa....cer cerita lebih detail skit Madey ni...?

SHAH ALAM: Seorang penganalisis politik berpandangan permohonan maaf yang dibuat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad, pada semalam hanyalah sekadar mahu meraih simpati dan juga undi dalam kalangan penyokong pembangkang.

Ini kerana menurut Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed, Dr Mahathir sedar bahawa beliau telah banyak mengguris hati dan perasaan penyokong pembangkang ekoran layanan yang diberikan sebelum ini kepada pemimpin Pakatan Harapan (PH) terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah katanya adalah menjadi adat Melayu apabila seseorang melakukan kesilapan dan memohon maaf, mereka akan dimaafkan serta merta. 

"Ini adalah satu strategi oleh Tun untuk mendapatkan sokongan terutamanya daripada kalangan pengundi dan kita tahu semasa pemerintahan banyak dasar-dasar yang dibuat Tun menyebabkan ramai orang yang tidak berpuas hati. Terutamanya dikalangan pembangkang, PAS, DAP dan PKR.

"Tun M mahu tarik sokongan pengundi PH, apatah lagi dalam budaya kita orang Melayu jika seseorang meminta maaf maka mereka akan maafkan," ujar beliau kepada Antarapos.

Semalam, Dr Mahathir memohon  maaf di
Loading...
atas segala kesalahan lampau beliau, termasuk semasa menerajui negara selama 22 tahun.

Bagaimanapun beliau tidak memerinci atau menyatakan permohonan maaf itu ditujukan kepada siapa, justeru menimbulkan tanda tanya mengenai keikhlasannya berbuat demikian. 

Pengerusi PPBM itu kerap didesak untuk memohon maaf di atas rekod pemerintahannya yang dicalar dengan penangkapan musuh-musuh politik termasuk pemimpin PKR dan DAP di bawah Ops Lalang.

Beliau juga dituduh bertanggungjawab di atas penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 selepas memecatnya daripada kerajaan dan Umno.

Dr Mahathir dilihat mengubah nada demi keperluan untuk menggembeling sokongan penyokong terhadap cubaannya menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang mesti diadakan sebelum Ogos tahun depan.

Tindakan Dr Mahathir memohon maaf, walau secara umum, dilihat bertujuan memenangi sokongan akar umbi PKR dan DAP yang masih tidak mempercayai beliau.

Ketika ditanya mengenai sejauh mana keberkesanan strategi Dr Mahathir itu, Martadha berkata sukar untuk menjangkakan sama ada permohonan maaf itu berjaya diterjemahkan dalam undian pada pilihan raya akan datang.

"Dalam masa dan ketika ini kita agak sukar untuk melihat dan menilai sejauh mana permohonan maaf Tun itu akan boleh dimanifestasikan dalam bentuk undian.

"Kerana kita tahu secara kasarnya, melihat kepada senario semasa penyokong-penyokong PKR terutamanya masih lagi marah dan tidak berpuas hati dengan Tun.

"Penyokong PAS (pula) kita lihat dalam isu Memali, isu ISA yang dikenakan kepada pemimpin-pemimpin PAS dan juga penyokong-penyokong DAP yang tak puas hati dengan dasar-dasar Tun," katanya lagi.
Loading...
Back To Top