Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

BN SELANGOR JANJI PENDIDIKAN PERCUMA DI SEMUA SAR JIKA MENANG PRU14

TANJNG KARANG – Barisan Nasional (BN) mengumumkan inisiatif pemberian pendidikan percuma di semua sekolah agama rakyat (SRA) di Selangor jika berjaya mengambil alih semua pentadbiran negeri ini daripada tangan pembangkang dalam PRU14.
Inisiatif itu diumumkan Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar selaras dengan matlamat serta komitmen parti itu untuk mengurangkan beban tanggungan rakyat dalam pelbagai aspek termasuklah soal pendidikan.

Menurut Noh, pemberian pendidikan percuma yang merangkumi buku teks serta peruntukan pembangunan prasarana SRA itu sekaligus memberi tamparan kepada pakatan pembangkang khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sehingga kini masih gagal melaksanakan janji itu walaupun telah mentadbir negeri ini hampir 10 tahun yang lalu.

Tegas Noh, pengumuman inisiatif pendidikan percuma di SRA merupakan janji yang akan dilaksanakan jika BN memenangi PRU14 seperti mana janji pemansuhan
Loading...
kutipan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau yang telah dilaksanakan pada awal Januari lalu.

“Tawaran ini adalah janji yang akan ditunaikan seperti mana pendidikan percuma yang kerajaan Persekutuan diberikan kepada rakyat di semua sekolah kebangsaan di Selangor.

“Berbanding dengan pembangkang, masa pilihan raya mereka janji nak beri pendidikan percuma, bila jadi kerajaan negeri mereka tak laksakan janji itu. Begitu juga dengan Menteri Besar, umum duit negeri ada berbilion ringgit, tetapi mereka tak belanja untuk manfaat rakyat,” katanya kepada wartawan selepas mengadakan Program Ziarah di Kampung Parit 4 di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, Noh yang merangkap Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu turut membidas sikap wakil rakyat pembangkang yang dilihat mengamalkan budaya bertukar-tukar kerusi setiap kali pilihan raya umum semakin hampir.

Katanya, sikap itu merupakan amalan biasa dalam pembangkang apabila ada pemimpin mereka yang merasakan tidak lagi boleh menang di kerusi yang sama, mereka akan bertukar kerusi yang lain pula.

“Walhal apabila mereka bertanding di kerusi itu sebelum ini mereka menabur pelbagai janji, bila memang mereka abaikan rakyat, tak nampak batang hidung.

“Bila pilihan raya makin hampir mereka akan cari kerusi lain dan tabur pula janji baharu kepada rakyat di kawasan lain pula,” katanya.
Loading...
Back To Top