KUALA LUMPUR: Rata-rata pemimpin Umno senada bahawa Presiden, Datuk Seri Najib Razak mahu semua pimpinan dan ahli parti menggabungkan seluruh kekuatan demi meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno kali ke-71, pagi tadi di hadapan 30,000 perwakilan, Najib menyifatkan PRU14 sebagai 'Bapa Segala Pilihan Raya'.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa mengibaratkan ucapan Najib sebagai pencetus semangat kepada ahli-ahli parti untuk terus bekerja kepada rakyat.
"Ucapan Presiden kali ini banyak kepada membakar semangat ahli-ahli dan jentera parti. Dan pada masa yang sama mengingatkan keupyaan kita sebagai parti yang memerintah, banyak perkara telah dilakukan. Jika kita terus berusaha untuk mendapatkan mandat maka tanggungjawab kita banyak lagi boleh dibuat.
"Pesanan ditujukan khusus kepada jentera parti untuk memastikna kesiapsiagaan, bermakna kita tak boleh berlengah lagi, supaya semua jentera selepas perhimpunan ini kena tumpukan kerja-kerja parti," katanya yang ditemui pemberita.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga berpandangan kerjasama diantara pemimpin dan ahli parti penting dalam mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN).
"Mesej itu sampai kepada kita dan beliau mengupas pencapaian dan perancangan selepas pilihan raya. Saya percaya ucapan itu bukan sahaja ditujukan kepada perwakilan Umno tetapi

Loading...
juga dituju kepada rakyat Malaysia," ujarnya.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin ketika diminta mengulas ucapan itu pula berkata ia sebagai peringatan kepada semua pihak untuk tidak menggadaikan kemenangan hari ini kepada pihak pembangkang.
Ini penting supaya kesinambungan pembangunan, kemajuan dan manfaat yang diterima rakyat terus kekal dan semakin ditambaik baik.
"Jika pembangkang memerintah tidak ada hala tuju kemana mereka mahu bawa pembangunan dan masa depan negara. Keseluruhan perwakilan amat berpuas hati dan akan menggunakan amanat Presiden untuk kekalkan momentum dan kekuatan Umno di semua peringkat," katanya.
Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga mahu rakyat terus membuka mata terhadap kekacauan yang berlaku di kalangan parti pembangkang yang sehingga kini tidak dapat menentukan siapakah pemimpin mereka.
Malah Ahli MT Umno itu juga menasihatkan orang ramai tidak terpengaruh dengan mainan persepsi yang ditimbulkan pembangkang, terutama di media sosial semata-mata mahu meraih sokongan.
"Pertembungan kali ini bersifat media sosial, persepsi dan sentimen. Sesiapa yang berjaya menangkap dan memainkan sentimen imaginasi rakyat maka mereka yang akan memenangi pertembungan ini.
"Presiden telah melakarkan hala tuju dan garis panduan jelas kepada seluruh jentera, pendokong dan pejuang parti supaya terus proaktif dan mendekati rakyat untuk bawa suara hati mereka," kata Asyraf.
Dalam pada itu, Ahli MT Umno, Datuk Seri Khaled Nordin percaya ucapan Najib perlu diselami dengan sebaiknya oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
"Yang jelas ialah presiden tegaskan sekali lagi Umno adalah parti yang raikan kepelbagaian. Kita harap semua kaum menerima dan memahami Umno memang menerima kaum lain dalam Malaysia walaupun Umno itu parti yg perjuangkan kaum Melayu," katanya.