KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia diseru supaya tidak terus membiarkan diri hanyut dalam ‘nostalgia dongeng’ bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin teragung.
Hakikatnya ujar Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, Malaysia pada era Mahathir dengan Malaysia ketika ini adalah dua zaman berbeza.
“Malaysia pada ketika itu adalah antara sebahagian kecil negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka – pelaburan luar melimpah masuk, merangsang pembangunan ekonomi yang pantas. Hari ini, negara seperti India, China dan Vietnam yang dahulunya mengamalkan dasar tertutup, kini terbuka luas pintunya, memberikan lebih pilihan kepada para pelabur, menjadikan persaingan begitu sengit buat Malaysia. Kita bukan ingin memberi alasan tetapi realiti perlu diperjelaskan.
“Sewajarnya, tatkala keadaan lebih mudah ketika itu, janalah pulangan jangka panjang yang lebih menyeluruh dari setiap ringgit pelaburan yang diterima.
“Jangan hanya fikir output dan bangunan siap cepat-cepat sahaja. Ini tidak. Sebagai contoh, semasa bina KLCC, Hazama Corporation dari Jepun bina Menara 1, Samsung Engineering dari Korea bina Menara 2. Senibina arkitek dari Argentina.

Loading...
Buruh asing diimport dari Bangladesh dan Indonesia. Tak nampak usaha perkasa modal insan tempatan yang tersusun dan berkesan daripada pelaburan yang diterima,” katanya.
Berbeza dengan kerajaan hari ini, pentadbiran yang diketuai Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri ujar beliau tidak hanya berfikir untuk menyiapkan bangunan semata-mata.
Sebaliknya ujar Khairy, kerajaan yang ada pada hari ini berfikir jauh ke hadapan.
“Kita fikir jauh ke depan..bagaimana setiap ringgit pelaburan dapat memberikan kesan optimum dan menyeluruh. Tatkala kita ingin membina ECRL, betul ada pelaburan dari China dan buruh pun kita guna buruh luar.
“Namun, satu program latihan industri juga dibangunkan untuk lebih tiga ribu graduan tempatan agar kemahiran baru mereka pelajari.
“Apabila MRT dibina, kita bangunkan Akademi Latihan Terowong pada tahun 2011, untuk melatih anak muda tempatan dalam bidang tersebut. Matlamat kita adalah supaya anak muda Malaysia sendiri yang bina MRT2, MRT 3, ECRL dan sebagainya. Bukan itu sahaja, kita pastikan MRT sediakan peluang sebanyak RM22 bilion untuk syarikat bumiputera yang layak,” katanya.
Beliau berkata demikian di dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia di PWTC, hari ini.
Selain itu katanya, syarikat besar yang dapat kontrak kerajaan dan GLC juga diwajibkan untuk melatih graduan muda melalui Skim Latihan 1 Malaysia atau SL1M.
“Syarikat-syarikat GLC pula bukan hanya dinilai dari untung ruginya, tetapi juga peranan yang dimainkan dalam memperkasa agenda bumiputera. Itu adalah wawasan Najib Razak!” tegas Khairy.