Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Tahniahhhh!!!! PAU2017: Zahid dilantik Timbalan Presiden yang baru

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghargai kepercayaan seluruh ahli Umno yang telah melantik dirinya sebagai Timbalan Presiden Umno yang baru.

"Ini kaedah yang kami fikirkan untuk fokus kepada PRU14 dan tidak ada gerak kerja dalam parti bagi menghadapi pilihan raya tahun hadapan. Bererti tiga pimpinan utama Umno akan
Loading...
berada dalam tanggungjawab sebagaimana diberikan kepercayaan sebulat suara oleh perwakilan.

"Saya amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh seluruh perwakilan," kata Zahid ketika mengadakan sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno kali ke-71, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), tengah hari tadi.

PAU2017 yang berlangsung hari kedua pada hari ini menerima sebulat suara cadangan jawatan presiden dan timbalan presiden untuk tidak dipertandingkan.

Cadangan berkenaan dibawa oleh Pemuda Umno Bahagian Rompin, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz pada semalam, ketika membahaskan ucapan dasar presiden.

Ia disokong hampir keseluruhan perwakilan yang membahaskan ucapan berkenaan.

Sementara itu jawatan Presiden kekal disandang oleh Datuk Seri Najib Razak.
Loading...
Back To Top