Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Rumah Agam Selebriti Hollywood Turut Terkena Tempias Kebakaran Besar Di Los Angeles

Kebakaran yang terjadi di Los Angeles baru-baru ini bukan sahaja melibatkan para penduduk di sana, malah beberapa artis hollywood terkenal turut menerima tempias kebakaran itu.

Mungkin selebriti ini memiliki rumah yang gah dan mewah namun hal ini tidak mengecualikan kediaman mereka daripada dibaham api.

Kebakaran hutan di Los Angeles, Amerika Syarikat telah mengakibatkan
Loading...
segelintir selebriti Hollywood kehilangan tempat tinggal mereka.

Antara nama-nama hebat yang terjejas akibat kebakaran itu ialah pelakon dan penyanyi tersohor, Paris Hilton; pelakon muzikal Glee, Lea Michele dan penyanyi veteran Lionel Richie.

Menurut sumber, Paris Hilton telah mengongsikan visual kebakaran besar itu di laman Twitternya dengan kapsyen memuji pasukan bomba atas keberanian memadamkan api besar tersebut.

Loading...
Back To Top