Jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk melihat kembali posisi kerajaan persekutuan jika ada terlepas pandang dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) disambut baik rakyat Sabah.
Ketua Pemuda UMNO Kota Kinabalu Mohd Bahrin Abd Karim berkata kesediaan yang ditunjukkan Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO membuktikan kesungguhan pimpinan Kerajaan Persekutuan sentiasa mendengar suara rakyat di peringkat akar-umbi.
"Kita menyambut baik kenyataan Perdana Menteri berhubung MA63, kerana ia mencerminkan sikap pimpinan kita yang sentiasa proaktif dalam perkara membabitkan kepentingan rakyat.
"Ini jelas memancarkan sikap kepedulian dan keprihatinan Datuk Seri Mohd Najib untuk menjamin hak, kepentingan rakyat dan negeri Sabah dalam perjanjian tersebut sentiasa terpelihara," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Dalam ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017 pada Sabtu, Najib

Loading...
antara lain menyatakan bahawa kerajaan sentiasa bersikap terbuka berhubung MA63 dan sedia mengembalikan apa yang mungkin terlepas pandang.
Tambah Mohd Bahrin, penegasan dan pendirian Presiden parti berhubung isu MA63 menunjukkan kepentingan rakyat sentiasa didahulukan.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan sokongan padu terhadap kenyataan Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, Khairul Firdaus Datuk Akhbar Khan, mengenai penampilan lebih ramai muka baru termasuk dari kalangan orang muda dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).
Katanya, kenyataan itu adalah pancaran hasrat dan pendirian Pemuda UMNO Sabah secara umum yang ingin melihat penyediaan barisan pelapis dalam kepimpinan parti dan kerajaan.
"Ia adalah proses peralihan secara tersusun demi kesinambungan perjuangan UMNO membela nasib rakyat terbanyak," katanya.
Sementara itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMN Bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal b. Syed Unan Al Mashri berkata, penggulungan ucapan Najib dalam perhimpunan agong UMNO tahun ini adalah yang terbaik serta memberi arahtuju yang jelas.
"Membara serta membakar semangat jitu di kalangan pimpinan semua peringkat bagi menyediakan parti ini untuk terus menakhoda bumi Malaysia.
"Menjulang hak bangsa, memberi keadilan pada semua bangsa.Inilah agenda murni UMNO dan BN yang membuatkannya terus perlu menjadi pilihan di hati rakyat," katanya.