Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Mohon maaf: Dr Mahathir terus main 'sorok-sorok' dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung PPBM

Tun Dr Mahathir Mohamad cukup sedia maklum bagaimana ramai orang melihatnya sebagai raja segala U-Turn dalam arina politik negara.Malah tidak ada orang yang akan terkejut lagi jika dengar bekas Perdana Menteri ini selama 22 tahun ini korner baring buat perubahan pendirian yang diluar jangkaan langsung.

Sebab itu juga bukan sesuatu yang mengejutkan langsung bila Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ini mengakhiri ucapan dasar beliau di Perhimpunan Agung PPBM di Shah Alam, Sabtu dengan memohon maaf atas segala salah silapnya waktu berkuasa dulu.

"Saya seperti manusia lain, tidak mungkin sunyi daripada berkata dan melaku kesalahan. Bukan sahaja hari ini tetapi juga selama saya berkecimpung dalam politik negara.

"Saya pohon maaf terhadap apa juga kesalahan saya selama itu," katanya.

Semua orang boleh faham beliau terpaksa meluahkan hal itu sebagai halwa telinga kalangan pimpinan pembangkang lain dari PKR,PAN dan DAP yang hadir di perhimpunan agung pertama parti baru itu.

Ia ibarat memohon untuk ‘mengsucikan’ segala kesilapan yang pernah dilakukan dulu dan kini mengajak semua buka buku baru.

Apa lagi yang lebih boleh beliau katakan menjelang tidak lama lagi pilihanraya umum ke 14 akan diadakan.

Harapannya tentulah pembangkang dapat bersatu dalam wadah Pakatan Harapan yang belum beres pendaftaran lagi untuk mengejar cita-cita bersama bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang pernah beliau tunjang dulu.

Namun kalangan pemerhati yang melihat bahasa badan dan cara Dr Mahathir menyentuh hal itu itu diakhir ucapan dasarnya dapat merasakan bagaimana beliau merasa tidak selesa terpaksa main sentimen itu.

Mereka yang sudah biasa dengan lenggok dan caranya semasa memerintah selama 22 tahun dulu tahu beliau jarang mengaku silap dalam tindakan dan langkah politiknya.

Mahafiraun dan Mahazalim…itu adalah antara gelaran pembangkang yang cukup popular keatas dirinya.

Namun kini segalanya seolah tidak pernah berlaku apa-apa – bila Dr Mahathir dan pimpinan pembangkang berpeluk mesra – semata-mata untuk tujuan
Loading...
politik.

Ia ibarat ‘bom asap’ agar ketepikan dulu segala luka lama agar tidak wujud sengketa.

Bukankah menjadi lumrah mereka yang memohon maaf selalunya boleh menyenaraikan apa salah silap mereka.

Sebaliknya Dr Mahathir yang ditemui wartawan selepas menyampaikan ucapan dasar untuk menghuraikan apakah permohonan maafnya itu termasuk dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mengubah lanskap politik negara,beliau masih tidak berani berterus terang dan main sorok-sorok.

“Kamu boleh tafsirkannya mengikut apa yang kamu mahu," katanya kepada persoalan itu.

Apa agaknya yang Dr Mahathir mahu orangramai dan penyokong pembangkang tafsirkan?

Soalan pendirian sebenar beliau mengenai kes liwat itu sudah berulangkali diajukan.

Namun bekas Perdana Menteri itu belum berani buat U-Turn secara terbuka.

Lojiknya…kalangan pimpinan pembangkang tentu akan ‘melompat’ dan mengamuk jika Dr Mahathir berani keluar ayat macam dulu pasal Anwar.

Apa yang beliau berani setakat ini cuma menyertai seruan agar Anwar dibebaskan tanpa menyatakan pendirian terhadap kes liwat.

Dengar cerita ramai yang rasa hilang terus rasa hormat pada bekas Perdana Menteri itu bila beliau main sorok-sorok dalam isu ini.

Ia bukan satu kes politik tetapi satu kes jenayah yang telah diputuskan oleh semua lapisan mahkamah dan barisan hakim kanan.

Malah orang yang menjadi subjek utama dalam kes liwat kedua,Saiful Bukhari Azlan sendiri telah menyuarakan rasa kecewa beliau ‘dipinggirkan’ oleh Dr Mahathir kerana hendak mengejar matlamat politiknya.

Dalam ucapan dasarnya itu Pengerusi PPBM itu telah memberi gambaran yang indah-indah belaka dalam pemerintahan negara jika pembangkang berjaya menumbangkan BN.

Antaranya akan mengembalikan kebebasan bersuara dan kebebasan media di negara ini.

Katanya pihaknya juga akan melakukan pengasingan kuasa antara pembuat undang-undang, pelaksana dan penghakiman bagi mengelakkan penguasaan Perdana Menteri terhadap ketiga-tiga institusi itu.

Tentu ada yang bertanya apakah masa perintah selama 22 tahun dulu tidak pernah terfikir hal ini semua.

Juga apa perlindungan yang boleh diharapkan dari orang yang sanggup ketepikan keluhuran undang-undang dan keputusan sah badan kehakiman seperti dalam kes liwat Anwar demi untuk capai matlamat politik.

Orang kerdil seperti Saiful sudah terasa bahang.Apakah Dr Mahathir rasa kemarahan dan kecewa itu tidak dikongsi oleh jutaan rakyat lain yang dapat melihat dan menilai gerak langkah politik yang songsang ini.
Loading...
Back To Top