Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Cadang Mahathir Sebagai PM Seperti Budu Berulat

PAS menyifatkan Pakatan Harapan yang didalangi DAP sebagai ketandusan calon berkaliber apabila mencadangkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan tersebut memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pakatan Harapan sepatutnya melihat ke hadapan dalam soal tersebut dengan mencalonkan individu lain yang lebih layak bukannya mengangkat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( PPBM) itu sekali lagi menjadi Perdana Menteri.

Katanya, zaman Dr.
Loading...
Mahathir sudah lama berlalu walaupun bekas Perdana Menteri itu mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan tersendiri.

“Dalam ramai-ramai ahli Pakatan Harapan, takkan tiada calon lain yang lebih layak untuk diangkat (sebagai Perdana Menteri). nampak sangat pakatan ini tiada calon.

“Kita akui Dr. Mahathir mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan, namun masanya sudah berlalu,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Sebelum ini, Pakatan Harapan secara rasminya mencadangkan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri manakala Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya.

Difahamkan cadangan tersebut dibuat ketika pemimpin Pakatan Harapan mengadakan pemukiman dua hari di Putrajaya pada Jumaat lalu dan kini didakwa sedang menunggu kelulusan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun pengumuman itu mendapat bantahan daripada Naib Presiden PKR, Tian Chua yang enggan menerimanya sebagai keputusan muktamad.
Loading...
Back To Top