Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Baitulmaqdis: Lapan negara tentang keputusan Trump

WASHINGTON: Lapan negara menentang pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam dan meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Loading...
Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar minggu ini.

Wakil Sweden di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, lapan negara tersebut ialah Bolivia, Mesir, Perancis, Itali, Senegal, Sweden, United Kingdom (UK) dan Uruguay.

Kelapan-lapan negara itu telah meminta Jepun, selaku Presiden Majlis Keselamatan PBB untuk bulan ini mendesak Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memberi taklimat kepada 15 negara anggota majlis berkenaan.

Terdahulu selepas pengumuman Trump, Guterres menegaskan, isu berkenaan mesti diselesaikan melalui rundingan terus antara Israel dan Palestin dan memberi amaran tindakan sebelah pihak akan menggugat proses damai.
Loading...
Back To Top