Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) merupakan masa yang terbaik untuk Gerakan merampas semula Pulau Pinang.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, keyakinan itu bukanlah suatu perkara yang mustahil selepas kerajaan negeri DAP mengabaikan kebajikan masyarakat Pulau Pinang, hingga memusnahkan alam sekitar negeri tersebut.
Tegas beliau, ia berbeza

Loading...
dengan Gerakan dan kesemua parti komponen BN yang buta warna termasuk mengenepikan kepentingan politik dalam membantu semua masyarakat.
“Kekalahan Gerakan di Pulau Pinang dalam PRU12 pada 2008, hanyalah bersifat sementara. Kita akan merampas semula negeri itu dalam pilihan raya akan datang yang bakal diadakan kurang dari 180 hari.
“Rampasan kuasa di Pulau Pinang itu sebagai tanda tanggungjawab kerajaan BN untuk membela kebajikan rakyat, buktinya kita buta warna malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri itu baru-baru ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Nasional Ke-46 di Dewan Wawasan Tun Dr. Lim Keng Yaik Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM), di sini hari ini.
Yang turut hadir, Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong.