Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

PRU14: Mengintai kerusi Parlimen Pasir Salak...

Menjelang  PRU ke-14, kawasan Parlimen Pasir Salak di Perak sekali lagi menjadi kawasan sasaran parti-parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan PAS.

Senarionya kali ini dijangka berbeza kerana jika pertandingan pada PRU ke 12 dan 13 menyaksikan pertandingan dua penjuru namun kali ini mungkin berlaku pertembungan sengit tiga atau empat penjuru di kawasan Parlimen itu.

Ini susulan keputusan PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR sekaligus menyaksikan parti itu akan bertanding bersendirian menentang  calon-calon BN.

``Kita bertanding pada PRU ke 14 kali ini tanpa terikat lagi dengan DAP dan PKR dalam menentukan kerusi yang akan dipertandingkan nanti ...kerana PAS  mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

``Kita bertanding berdasarkan kekuatan kita jadi kita boleh letak calon di mana-mana kita ada kekuatan dan kawasan tumpuan kita ialah kawasan yang majoritinya dikuasai UMNO,’’ kata Pesuruhjaya PAS negeri Haji Razman Zakaria  baru-baru ini.

Untuk rekod UMNO negeri dijangka bertanding 36 dari 59 kerusi DUN Perak menggunakan lambang BN berbanding PAS yang bakal kekal menggunakan lambang bulan purnama.

Pada PRU-13 yang lalu sebanyak 24 kerusi parlimen dipertandingkan manakala sebanyak 56 kerusi DUN di mana PAS dan PKR masing-masing memenangi sebanyak lima kerusi, BN 31 kerusi dan DAP sebanyak 18 kerusi.

Apapun diperkatakan namum pembangkang  tidak serik, tetap tidak patah semangat meskipun telah diduga peluang mereka untuk menawan kerusi parlimen Pasir Salak, DUN Sungai Manik dan Kampung Gajah masih tidak kesampaian.

Kepada parti-parti pembangkang ini, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ada pesanan buat mereka jika tetap juga mahu bertanding silap gaya akan hilang deposit.

``Ramalan saya betul tak betul... kita lihat nanti tapi kekuatan BN di Parlimen Pasir Salak
Loading...
sudah terbukti sejak sekian lama.

``Sebagai pembangkang kalaupun sebelum ini pembangkang mencabar kekuatan mereka datang daripada PAS tapi kekuatan itu tidak boleh kalahkan BN.

``Dulu  PKR bertanding parlimen pun atas sokongan orang-orang PAS tapi kali ini PAS tidak akan sokong parti PKR,PPBM, DAP jauh sekali... jadi kalau begitu kedudukan mereka semakin tiada peningkatan,'' katanya.


Tajuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO seterusnya menasihati pembangkang supaya melupakan sahaja hasrat mereka untuk bertanding di Parlimen Pasir Salak  kerana  ianya akan menyusahkan pengundi sahaja.

``Jadi sekali saya nak tegaskan ianya akan menyusahkan pengundi sajalah... mengelirukan pengundi dengan tohhaman tuduhan-tuduhan semata-mata kerana nak tanding dan rakyat  tak akan mendapat apa faedah lah daripada mereka '' ujarnya.

Menurut Tajuddin, pengundi-pengundi di kawasan Parlimen itu sudah muak kerana dapat menilai  permainan `wayang' pembangkang yang  hanya pandai berkata-kata menjanjikan bulan dan bintang tetapi hakikat sebenarnya tidak ada apa yang mampu mereka bawa untuk faedah dan kepentingan rakyat jika dibandingkan BN yang jauh lebih ke depan dalam membela nasib rakyat.

Katanya, pembangkang ini sudah semakin terdesak kerana ketandusan isu yang hendak di dendangkan kepada rakyat  dan rakyat pula sudah dapat menilai isu-isu yang dimainkan tidak lebih kepada isu `kitar' semula seperti GST.

``Mereka memang dah tak ada apa isu nak dimainkan ...rasanya  kali ini kalau bertanding tiga...empat penjuru lagi hancur mereka '' katanya.

Keputusan PRU ke12 mendapati calon BN, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman mengalahkan pencabarnya, Mustaffa Kamil Ayub(PKR) dengan kelebihan 2,688 undi bagi kawasan Parlimen PasirSalak.

Tajuddin memperoleh 16,928 undi berbanding Mustaffa, 14,240 undi.

Keputusan PRU ke13 pula mendapati calon BN, Datuk Seri Tajuddin mengalahkan pencabarnya Mustaffa Kamil Ayub (PKR)  dengan kelebihan 3,786 undi  bagi kawasan Parlimen Pasir Salak.

N48 Sungai Manik : Zainol Fadzi Paharuddin-BN (11,047) Osman Abdul Rahman -PKR (9,193) Menang BN dengan majoriti 1,854 undi. N49 Kampung Gajah : Abdullah Fauzai Ahmad Razali -BN (14,140) ,Ishak Saari-PAS (8,040). BN menang  dengan majoriti 6,100 undi
Loading...
Back To Top