Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

KENAPA TABUNG BANTUAN BANJIR MASUK KE AKAUN DAP?

Loading...
Keadaan di negeri Pulau Pinang ketika ini amat memilukan apabila negeri ini hampir lumpuh akibat dilanda banjir kilat yang teruk pada Sabtu lalu dan ditambah pula dengan berlakunya tanah runtuh di kawasan projek perumahan di Tanjung Bungah.

Susulan itu, kerajaan negeri Pulau Pinang meminta sumbangan bagi Tabung Bantuan Ribut Dan Banjir, namun menjadi persoalannya apabila sumbangan yang diberikan oleh orang ramai dimasukkan ke dalam akaun DAP.

Orang awam yang ingin menderma kepada Tabung Bantuan Bencana Ribut dan Banjir boleh hantar sumbangan cek ke pejabat DAP Penang di No.3, Jalan Rangoon, Georgetown atau deposit dalam akaun:

‘DAP Penang’
Maybank 5070-1301-4596

Kenapa sumbangan untuk tabung banjir tidak terus dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri sahaja? Kenapa ia perlu di masukkan ke dalam akaun DAP? Bagaimana DAP Pulau Pinang ingin mengasingkan dana banjir dan dana parti?

Bolehkah DAP Pulau Pinang memberi jaminan bagi memastikan dana mangsa banjir dapat diaudit dengan sempurna dan tidak diseleweng.

Sewajarnya segala hasil sumbangan orang ramai harus dimasukkan ke dalam akaun Kerajaan Negeri di bawah Tabung Kecemasan, bukannya ke dalam akaun parti. – Utaranews.com
Loading...
Back To Top