Aktivis berani, yang terkenal dengan 'serbuannya' ke syarikat yang didakwa menipu pengguna, bagaimanapun tidak berminat ke arah itu, lapor Sinar Harian.
"Saya tak berminat dan tak akan sertai politik, memang ada tawaran suruh saya masuk bertanding tapi saya tak terima," beliau dipetik sebagai berkata.
Laporan itu tidak menyebut tawaran itu datang daripada parti atau pihak mana.
Dalam wawancara khas akhbar itu di pejabat PPIM di Kuala Lumpur, Yusuf juga berkata beliau tidak sedang dengan pujian melambung pengguna Internet terhadapnya.
Ini termasuk terhadap pujian bahawa beliau

Loading...
sepatutnya menjadi menteri dalam negeri – jawatan yang kini disandang oleh Datuk Seri Zahid Hamidi, yang juga timbalan perdana menteri.
"Saya tidak berpelajaran, saya hanya bersekolah sehingga ke tingkatan satu. Saya hanya diberi kelebihan oleh Allah dalam matematik... Jadi menteri taklah, nak angkat saya pun tak nak.
“Sebab saya hendak jadi orang biasa nak teruskan perjuangan Rasulullah di atas muka bumi ini," katanya lagi seperti dilaporkan.
Yusuf menjadi popular setelah menyerbu sebuah syarikat pajakan kereta dan skim jualan rumah yang dikaitkan dengan selebriti Boy Iman.
Terbaru, Pemuda PAS turut mengangkat Yusuf sebagai ikon anak muda setelah beliau hadir dalam himpunan besar parti itu Fastaqim 2.0 di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Sementara itu, dalam wawancara yang disiarkan hari ini, Yusuf menegaskan sepanjang tujuh tahun berjuang dalam PPIM, beliau tidak mengharapkan sebarang pujian dan populariti.
Bapa kepada enam cahaya mata itu juga sendiri tidak tahu menahu kenapa beliau mencetuskan fenomena.