Pembangkang tidak susah untuk “goreng” ahli-ahli mereka mengenai kononnya ketua armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ditawarkan RM5 juta agar keluar parti.
Apa saja berita yang dijaja serta dikitar semula berhubung buruk UMNO dan para pemimpin kerajaan, mereka mudah termakan dengan lahap tanpa banyak songgeh.
Tetapi tidak bagi orang kebanyakkan dan apabila hal ini ditanya kepada ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman, mengenai isu sama, beliau separuh tertawa dan kemudian berjenaka berkata “ia hanya cerita rekaan semata-mata.”
Tajuddin menganggap pendedahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kononnya ditawarkan wang RM5 juta untuk meninggalkan parti sebagai satu cerita rekaan... mengarutlah.
Sebagai orang tua dalam politik, Tajuddin menasihatkan Syed Saddiq supaya mengelak dari terus membuat kenyataan yang mengelirukan orang ramai.
Ini

Loading...
soal kredibiliti.
Lagipun buat apa hendak membayar RM5juta bagi mendapatkan pemimpin muda pembangkang itu ketika umum mula meragui kebolehannya.
Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata kenyataan tersebut dibuat supaya menjadi sensasi.
"Jadi tidak boleh pakai cerita itu semua... rekaan, reka cipta, usah dengarlah, tipu helah tu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Hi-Tea Penyerahan Dana RM 100,000 Kelab Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar Pasir Salak (KuPAS) di Dewan Serbaguna Pekan Rabu pada Selasa.
Hadir sama, Penaung KuPAS, Datin Rohkiah Abdul Samad dan Pengerusi Eksekutif AIM, Dato' Dr. Zubir Harun.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau mengingatkan ahli KuPAS supaya tekun dalam mengusahakan perniagaan kecil mereka dan kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia membantu.
"Kita jangan cepat jemu dan putus asa selain itu hanya tertumpu kepada satu cabang perniagaan sahaja. Kerana perniagaan itu bersifat luas,"katanya.
Tajuddin juga mengingatkan mereka supaya jangan terpengaruh dengan sebarang bentuk fitnah yang dilemparkan golongan tertentu, kononnya kerajaan tidak membantu golongan peniaga.
"Selama ini kerajaan sentiasa memastikan golongan peniaga kecil ini diabaikan untuk menerima bantuan perniagaan," ujarnya.