Semuanya sudah muktamad... tiada kerjasama politik antara dua parti Melayu/Islam terbesar di Malaysia UMNO dan PAS sebelum PRU ke 14.
Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan kerjasama politik antara PAS dan UMNO sebelum PRU-14 tidak akan berlaku kerana ia boleh melemahkan parti itu.
Sebaliknya beliau tidak menolak kemungkinan untuk berkerjasama selepas PRU14.
Takiyuddin berkata keputusan itu sudah dibuat menerusi Majlis Syura Ulama yang mengambil kira beberapa faktor sebelum memutuskan perkara itu.
"PAS tetap berpegang dengan tahaluf siyasi yang diadakan menerusi Gagasan Sejahtera dalam menghadapi PRU-14. Itu sudah jelas dan tiada perubahan.
"Dalam Gagasan Sejahtera, kita

Loading...
mempunyai beberapa parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk beberapa tokoh masyarakat yang bagi kita mampu bersama-sama PAS menghadapi pilihan raya nanti.
"UMNO sendiri sudah menyatakan kesediaannya untuk menghadapi kita terutama di Kelantan. Sudah tentu kerjasama tidak akan berlaku kerana ia hanya boleh menjejaskan kekuatan PAS," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan veteran PAS, Datuk Mustafa Ali, yang berpandangan parti itu wajar melakukan pertemuan bagi membentuk kerjasama dengan UMNO demi kepentingan rakyat dan negara.
Mustafa berkata, kerjasama itu bukan bermaksud ke arah pembentukan kerajaan perpaduan PAS dan UMNO, sebaliknya lebih menjurus kepada konsep ta'awun membabitkan kedua-dua pihak.
Mengulas lanjut mengenainya, Takiyuddin menyifatkan kenyataan bekas Setiausaha Agung PAS itu lebih kepada pendapat peribadi dan PAS tidak mengambil kira perkara itu.
"Apa yang diberitahu sekadar pandangan demi masa depan umat Islam dan negara. Apa-apa pun PAS tetap dengan pendirian asal untuk tidak bekerjasama," katanya.
Bagaimanapun, Takiyuddin tidak menolak kerjasama dengan UMNO boleh berlaku selepas PRU-14.