Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

SYED SADDIQ KINI DIHANTUI “KETAKUTAN,” BERDEPAN TINDAKAN BEKAS PEMIMPIN PPBM

SEMASA heboh cerita kononnya Tun Dr. Mahathir Mohamad membayar RM1 bilion kepada Lim Kit Siang tiba-tiba muncul Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa dia ditawar RM5 juta oleh seorang penasihat kanan kepimpinan negara.

Maka ‘tenggelamlah’ seketika dakwaan kononnya Dr. Mahathir ‘sogok’ Kit Siang bagi ‘menutup mulut’ penasihat DAP itu mengenai rahsia skandal kerugian Bank Negara Malaysia RM32 bilion selain dakwaan ‘membeli’ jawatan Pengerusi Pakatan Harapan..

Dakwaan Syed Saddiq yang menggunakan ‘skrip’ pada sidang media khas itu sebenarnya tidak menggemparkan pun jika dibandingkan dengan dakwaan serius penulis blog, Raja Petra Kamaruddin kononnya Dr. Mahathir ‘menyogok’ Kit Siang RM1 bilion untuk membolehkan Presiden PPBM itu mendapat jawatan pengerusi pakatan pembangkang itu.

Seperti yang dilaporkan, Syed Saddiq menggunakan platform sidang media itu untuk mengeheret pemimpin lain kononnya mereka turut disogok dengan jutaan ringgit agar meninggalkan PPBM.

Syed Saddiq bukan sekadar menuduh ada pihak menawarkan sogokan kepadanya tetapi juga hal peribadi dirinya yang menolak tawaran pengajiannya ke Universiti Oxsford semata-mata kerana sayangkan parti dan ‘kerusi’ yang disediakan untuknya pada PRU14.

Drama itu turut diwarnai dengan ‘tangisan’ Syed Saddiq untuk menguatkan lagi slot sebuah drama atau filem bagi meyakini penonton termasuk pihak media .

‘Skrip drama’ itu dipanjangkan lagi dengan dakwaan kononnya dirinya dan
Loading...
keluarga menerima ancaman dan ugutan selepas mendedahkan tawaran wang RM5 juta.

“Minta maaf sangat (tidak boleh dedah). (Saya) tidak boleh membuat sidang media (buat masa ini) kerana ia melibatkan beberapa ancaman yang sangat peribadi dan memeras ugut terhadap saya dan keluarga saya,” kata Syed Saddiq kepada sebuah portal berita.

Ketika beliau sedang membuat satu laporan polis berhubung ancaman dan ugutan berkenaan ‘tidak berani’ mendedahkan kepada media di mana balai polis yang beliau pergi.

Syed Saddiq dalam sidang media sebelum ini berkata, beliau tidak akan meninggalkan PPBM dan akan terus berada dalam negara untuk mendedahkan rangkaian sistematik dedak ini.

Ramai yang beperdapat, ada orang tertentu atau orang penting memberikan skrip kepada Syed Saddiq ketika ‘rahsia besar’ antara Dr. Mahathir dan Kit Siang’ didedahkan kepada media.

Di awal sidang media itu, Syed Saddiq memberitahu, sidang itu tidak diarah sesiapa dan tidak diketahui oleh pucuk pimpinan PPBM. Soalnya perlukah ia dimaklumakan perkara itu kecuali ditanya oleh pihak media.

Ada sesetengah kalangan pengamal media merasakan amat janggal sidang media itu. Kini Syed Siddiq mula ‘dihantui’ kebimbangan di atas tuduhan yang dilemparkan ke atas bekas pemimpin PPBM yang kononnya mereka diberikan dedak untuk meninggalkan parti.

Selepas bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman membuat laporan kepada SPRM, kini sakah seorang bekas pengasas parti itu,, Kamarulzaman Habibur Rahman memberikan tempoh tujuh hari kepada Syed Saddiq Syed Abdul bagi menarik balik dakwaan yang mengaitkan dirinya.

Kamarulzaman juga membuat aduan kepada polis terhadap dakwaan menerima sogokan yang dilemparkan oleh Syed Saddiq kepadanya.

Sebelum ini penyelaras gerakan Deklarasi Rakyat, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pernah menyifatkan Syed Saddiq sebagai ‘budak hingusan’ dan biadap’ apabila mendesak Naib Ketua PPBM, Datuk Hamidah Osman meletak jawatan. – Kedahnew.com.
Loading...
Back To Top