Tan Sri Shahrir Abd Samad menyuarakan minatnya untuk berdepan dengan nama-nama besar pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata memandangkan ramai nama besar dalam pembangkang antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Lim Kit Siang bakal bertanding, oleh itu beliau berminat untuk berdepan dengan mereka di kerusi bandar raya itu.
Katanya, pembangkang kali ini berasa yakin menembusi Johor berikutan ada nama besar yang baharu dalam pakatan mereka seperti Dr Mahathir dan Muhyiddin.
“Pada awal saya ramal PRU-14 adalah pilihan raya mudah, tetapi apabila dah dengar macam-macam (nama) semua hendak datang Johor termasuk Khalid Abd Samad (Ahli Parlimen Shah Alam), kalau semua berminat dengan Johor, saya pun berminat berdepan dengan mereka dalam

Loading...
apa pun kedudukan.
“Nampaknya kalau Mahathir dengan Muhyiddin, Anwar dan Kit Siang hendak jadikan Johor sebagai ‘front line state’ (negeri barisan hadapan) takkan saya nak undur ke belakang (tidak bertanding),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menjadi panel jemputan Program Dialog Perjuangan 4 All di Dewan Kompleks Yayasan Warisan Johor malam tadi.
Turut hadir, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang turut menjadi panel pada program berkenaan.
Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Besar mahu Shahrir terus bertanding, sekali gus mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya umum akan datang.
Perkara itu dinyatakan Presiden UMNO ketika merasmikan Persidangan Perwakikan UMNO Johor Bahru 25 Ogos lalu.
Najib ketika ucapannya mengakui Shahrir bukan jenis yang boleh didesak namun perkara itu boleh dibisik dan dipujuk secara perlahan-lahan.
Manakala Khaled pula menegaskan pengundi Johor Bahru masih memerlukan khidmat dan idea daripada ikon berwibawa seperti Shahrir untuk meneruakan mandat Barisan Nasional.