Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Shah Alam kerusi pasti menang, UMNO dan PAS hanya hilang deposit sahaja kata Khalid Samad

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yakin beliau mampu mengekalkan kerusi Shah Alam dalam genggamannya pada PRU akan datang.

Ini kerana menurut beliau, kedudukan kerusi Shah Alam adalah antara kerusi 'selesa' di Selangor.
"Banyak faktor yang membolehkan kita mengekalkan kerusi Shah
Loading...
Alam. Pembentukan Amanah adalah salah satu faktornya," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Menurut beliau, Amanah telah merampas sebahagian besar sokongan daripada Pas.
"Dan dengan adanya Bersatu untuk ganti balik Pas, tidak ada sebab kedudukan saya di Shah Alam (sebagai calon Pakatan Harapan) akan terjejas.

"Undi Pas tak tambah undi Umno tapi sebahagian undi Pas itu datang balik dengan Amanah dan ditambah oleh Bersatu," katanya lagi.

Menurutnya lagi, Amanah Shah Alam merupakan antara yang terkuat di Selangor dan jatuh di kedudukan nombor dua di Malaysia.

"Saya tidak risau..Insya-ALLAH kerusi Shah Alam adalah kerusi paling selesa. Bukan pada saya sahaja malah pada mana-mana ahli Parlimen," ujarnya.
Loading...
Back To Top