Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Saingan tiga penjuru di Kelantan perkara positif - Ku Li

GUA MUSANG: Pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Kelantan adalah satu perkara yang positif dan baik, membolehkan pengundi memilih wakil rakyat daripada parti yang boleh membantu mereka, kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Katua Umno Bahagian Gua Musang itu juga yakin rakyat Kelantan akan menolak parti lain termasuk PAS yang tidak membawa perubahan
Loading...
terhadap taraf hidup rakyat walaupun sudah lama memerintah negeri ini.

"Rakyat Kelantan mungkin beralih sokongan kepada Umno yang bersedia membawa perubahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Usahawan Amanah Iktiar Malaysia (AIM) Parlimen Gua Musang di Bukit Chekati, di sini, hari ini.

Mengulas kemungkinan kerjasama di antara Umno dan PAS, khususnya di negeri itu, Tengku Razaleigh bagaimanapun menolak tanggapan sedemikian.

"Tak ada cadangan (Umno) nak bergabung dengan PAS. Saya juga tak fikir peringkat bawahan bersetuju berbuat demikian," katanya sambil menambah tidak mahu 'pisang berbuah dua kali'.

Beliau berkata kepemimpinan Umno perlu mengkaji dahulu perkara terbabit kerana sejarah di Kelantan sudah membuktikan perjuangan kedua-dua parti berkenaan tidak sama.
Loading...
Back To Top