PAS tidak pernah ambil kisah dengan setiap kenyataan yang dikeluarkan Datuk Mahfuz Omar kerana umum mengetahui akan pendiriannya seperti lalang.
Menurut Naib Presidennya, Idris Ahmad penyertaan ramai ke Fastaqim 2.0 sudah cukup meyakinkan parti Islam itu tentang sokongan rakyat terhadapnya.
Sehubungan itu, PAS tidak pernah terkesan langsung dengan kenyataan negatif Mahfuz, sebaliknya terus bergerak ke hadapan dalam membuat persiapan ke arah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
“Kalau dia cakap ramai

Loading...
yang datang belum tentu menang, maknanya yang sikit belum tentu kalah.
“Yang datang ke program PAN, banyak yang tak dapat sokongan tu nak kira macam mana?” Soalnya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mahfuz dengan menjelaskan yang penganjuran himpunan itu tidak memberi kelebihan apa-apa kepada blok ketiga itu melainkan hanya tertumpu kepada populariti PAS.
“Di Terengganu itu saya tidak melihat ia gelombang yang dikatakan Gagasan Sejahtera tetapi lebih kepada program PAS bukan program Gagasan Sejahtera. Ia adalah program tahunan PAS dan program semasa parti PAS.
“Saya tidak pernah terpukau dengan kehadiran himpunan ramai sebab daripada dulu himpunan PAS memang ramai tetapi jumlah undi yang diperolehi PAS tidak mencukupi untuk menang dengan jumlah kerusi yang lebih besar,” kata Mahfuz.
Idris bagaimanapun secara peribadi berpuas hati dengan program yang dianjurkan itu, malah akan diteruskan sehingga PRU akan datang.