Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Nasib jadi orang bodoh .....Bila Rasa Senang Skit Mulai Lah Kutuk Kerajaan

Dulu duduk di kampung menumpang rumah mertua atau buat pondok di hujung tanah mertua atau tanah orang. Betapa susah dan daifnya masa itu.
Nasibnya baik terlah terpilih untuk menjadi peneroka di tanah FELDA. Berpindahlah mereka ke penempatan baru. Kerajaan dan FELDA beri sebuah rumah, peralatan berladang dan tanah ladang 10 ekar selain tapak rumah dan tanah dusun.

Ada yang tewas dan kembali semula ke kampung asal. Ada yang meneruskan perjuangan walau kadang2 hampir menyerah kalah. Ada yang terus berjuang tak kira walau apa juga halangan dan kepayahan.

Berapa tahun kemudian senyuman mula terukir bila ladang mula menampakkan hasilnya. Musim pertama menuai hasil mungkin tidaklah melimpah ruah tetapi mampu mengukir senyuman kerana usaha keras tidak sia2.

Kini sudah berpuluh tahun usia pokok sawit atau getah. Banyak jasa pokok sawit dan getah yang dinikmati oleh peneroka. Duit melimpah ruah. Apa sahaja mampu dibeli berbeza semasa menumpang di tanah orang dulu. Anak2 nak makan ayam atau daging tunggu orang buat kenduri. Ada yang beli peti sejuk untuk dijadikan almari pakaian (ketika itu letrik belum 24 jam sehari). Ada yang bakar duit RM10 untuk suluh cari kasut bila nak balik kenduri rumah jiran sebab masa tu mentol lampu malap dan tak nampak bila nak cari kasut atau selipar. Balik kampung beraya bagi duit raya RM5 seorang. Tahun 1978 nilai RM5.00 jika dibandingkan pada hari mungkin bersamaan dengan nilai duit RM100.00. Gaji cikgu pun masa itu hanya RM110.00 sahaja.

Dulu ada syiling dalam poket pun sudah bersyukur boleh beli ikan kering beli beras sekati. Tapi duit sudah berkepuk, duit bulan lepas tak luak lagi dah dapat pulak yang bulan berikutnya. Ada yang tak tau nak buat apa dengan duit yang berkepuk.

Yang sedar diri, yang bersyukur, yang menghargai akan mengingati masa susahnya dahulu rumah beratap dan berdinding daun nipah berlantai batang pinang atau buluh. Mereka menyimpan di bank, Tabung Haji atau membeli saham ASB atau ASN, mereka ubahsuai rumah dan berjimat cermat dalam perbelanjaan harian. Akhirnya mereka mampu membina mahligai indah untuk keluarga mereka.

Yang tidak sedar diri, lupa daratan dan tidak bersyukur menghabiskan hasil penat lelah di mesin2 jackpot, berjudi atau habiskan duit di tempat2 yang tidak sepatutnya. Sudah jadi peneroka berpuluh tahun namun rumah masih rumah asal, ladang dipajak kepada orang lain, ladang tidak dijaga, dibaja, dibersihkan dan diusahakan sendiri. Ladang diupahkan kepada orang lain dan
Loading...
melepak di kedai kopi siang malam. Hasil yang diperolehi semakin kurang kerana terpaksa ditolak dengan upah kait buah, sewa lori dan lain2 selain potongan kepada FELDA untuk menjelaskan hutang2 yang belum dijelaskan. Mereka mungkin lupa semasa mula meneroka mereka tidak mengeluarkan modal 1 sen pun untuk anak benih, baja, racun, sara hidup dan lain2 sehingga pokok2 mengeluarkan hasil.

Bila kesempitan wang akibat salah sendiri akan menyalahkan FELDA lintah darat, menipu dan lain2. Ditambah pula dengan hasutan pihak2 yang tertentu seperti pembangkang. Semua orang disalahkan. Ada yang termakan hasutan kununnya FELDA dan kerajaan nak rampas tanah ladang mereka, tipu hasil perahan minyak sawit atau tipu harga sawit. Akibat termakan hasutan anasir2 jahat tersebut mareka bertindak menyaman FELDA kununnya mereka rasa betul dan dianiaya FELDA. Mereka lupa bahawa tanah ladang tersebut kurniaan kerajaan bukan mereka beli sendiri. Mereka lupa FELDA mempunyai SOP dan standard kualiti untuk tentukan kualiti perahan minyak sawit.

Ada yang sanggup keluar dari sistem FELDA dan usahakan sendiri ladang mereka. Kata mereka lebih murah. Mereka lupa untuk usahakan sendiri perlukan modal yang besar untuk beli anak sawit, baja, racun dan lain2 sedangkan mereka tidak mempunyai simpanan yang mencukupi. Mereka lupa mereka perlukan wang saraan hidup selama bertahun2 sehingga pokok menghasilkan buah. Pokok yang ditanam dengan anak benih yang murah dan tidak berkualiti menghasilkan buah yang kecil tandanya dan rendah kualiti minyaknya. Akhirnya mereka tidak kecukupan wang untuk hidup seharian. namun begitu mereka tetap menyalahkan FELDA dan kerajaan akibat hasutan pihak yang berniat jahat.

Akhirnya mereka menyaman FELDA. Mereka sanggup keluarkan wang untuk membayar kos guaman kepada peguam2 pihak yang berniat jahat yang menjanjikan kemenangan dan pampasan yang akan mereka terima kelak jika menang saman. Langit tidak selalu cerah, kaca disangka permata ibarat mengharapkan bulan jatuh ke riba tidak menjadi kenyataan. Akhirnya mereka kalah saman. Sudah jatuh ditimpa tangga kekecewaan bertambah apabila FELDA menyaman semula mereka dan mereka terpaksa membayar gantirugi kepada FELDA. Akhirnya mereka menanggung sesal seumur hidup.

Inilah yang dikata 'orang yang tidak mengenal untung'. Daripada hidup dalam kedaifan, FELDA pilih dan diberi tanah 10 ekar untuk diusahakan tetapi sesudah hidup senang FELDA dituduh yang bukan2 dan disaman kerana kebodohan sendiri akibat termakan hasutan pihak pembangkang.

Bersyukurlah wahai peneroka2. Kenanglah jasa FELDA dan kerajaan yang mengurniakan 10 ekar ladang, tanah tapak rumah dan rumah. Tak termampu untuk membeli tanah 10 ekar ketika hidup dhaif sebelum menyertai FELDA menjadi peneroka. Tak mampu beli tanah 10 ekar pada hari ini dengan harga RM50 ribu seekar. Ramai lagi rakyat yang tinggal di kampung2 tradisional dan tidak terpilih menyertai FELDA mempunyai tanah atau ada tanah 10 ekar.
Loading...
Back To Top