Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Nasi lemak anak dara cepat, kenapa isu dua keluarga, Azmin lambat?

Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor membidas sikap Kerajaan Selangor yang gagal menangani isu membabitkan beberapa buah rumah dan unit kedai berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang.

Menurutnya perkara tersebut boleh diselesaikan dengan cara berhemah biarpun kerajaan negeri berhak untuk merobohkan bangunan berkenaan.

“Sebagai MB, Azmin Ali ada kuasa beri arahan untuk tangguh kerja meroboh sebelum perbicangan dilakukan dan diselesaikan dengan baik,” katanya
Loading...
dalam satu kenyataan hari ini.

Rizal juga kesal dengan insiden terbabit kerana kerajaan  negeri sering berbangga dengan rizab berbilion-bilion ringgit diperolehi mereka.

“Sewaktu ceramah bangga ada rizab berbilion-bilion, tapi nak selesai isu dua buah keluarga pun tak boleh.

“Gerai nasi lemak anak dara cepat saja MB Selangor turun padang beri perhatian,” tulis beliau sinis.

Pada 4 Oktober lalu, penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam dan Pejabat Tanah dan Daerah Petaling (PTP) merobohkankan dua rumah serta tiga kedai yang dibina di atas tapak yang dipajakkan kepada Malaysian Airports Holdings Bhd (MAHB).

Rumah dan kedai terbabit sebelum ini didiami bekas ahli jawatankuasa Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Susulan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali dilaporkan menawarkan penempatan dua keluarga yang kehilangan tempat tinggal di Pusat Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara.
Loading...
Back To Top