Di Kuala Lumpur, pemandangan dari kereta saya memperlihatkan bangunan di Tun Razak Exchange (TRX) semakin menghampiri ketinggian Petronas Tower. Manakala bangunan tertinggi di dunia di Jeddah semakin menghampiri kenyataan. Syarikat Pertamina turut berusaha menaikkan bangunan tertingginya di Jakarta.
Semasa Pak Lah memerintah, jika saya tidak silap Tun Dr. Mahathir pernah memberi komen pembangunan di Putrajaya adalah lembab. Namun, di zaman DS Najib, bangunan-bangunan moden semakin menghiasi keindahan Putrajaya yang dibina awalnya dulu dengan kos kira-kira RM20 Billion. Di antaranya bangunan baharu SPRM, Apartmen-apartmen PRIMA dan PRISMA bentuk baharu dengan harga kompetetif, kawasan riadah baharu Ayer 8, Dataran Pahlawan bersebelahan Kompleks KDN, pembangunan di kawasan Diplomatik Presint 14 dan area kompleks MOF, hotel-hotel baharu berdekatan Kompleks Alamanda dan Perbadanan Putrajaya.
Pembangunan di segitiga emas Kuala Lumpur dalam tempoh 15 tahun ini akan mengubah sepenuhnya bandaraya Kuala Lumpur. Apakah rakyat Malaysia sudah bersedia? Pembangunan di TRX fasa 1 kelihatan sangat progres dengan target 2017 nampaknya hampir mencapai sasaran.
Manakala Bandar Malaysia di

Loading...
sebelahnya akan menghubungkan Bangsar, Kampung Baru, Jalan Duta, Jalan Tun Razak dengan Bangunan Tertinggi di Malaysia kelak iaitu Menara Warisan Merdeka sempena mengingati Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Dalam tempoh 2009-2017 tidak sampai 8 tahun, DS Najib membuktikan kemampuannya. Pada zaman Tun Dr. Mahathir dalam tempoh yang sama 1981-1989 juga kira-kira 8 tahun, Malaysia berjaya membina bangunan Daya Bumi, Tabung Haji tetapi lebih banyak peristiwa politik berlaku seperti pengharaman UMNO, Tragedi Memali, Operasi Lalang, penangkapan ISA, pengambilan Pulau Labuan dan sebagainya. Hanya kira-kira 20 tahun memerintah barulah Petronas Tower dan Putrajaya berjaya dibangunkan.
Jika tempoh yang sama 20 tahun diberikan, mungkinkah DS Najib boleh membina “jambatan terpanjang di dunia” di antara Semenanjung Malaysia-Sabah/Sarawak? Kalaulah mimpi ini menjadi kenyataan, rakyat Sabah dan Sarawak mahu jambatan itu tanpa Tol sebagaimana PAN Borneo, rakyat Sabah-Sarawak tidak mahu jalan berTol seperti Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang dan lain-lain lebuhraya yang dibina ketika zaman pemimpin terdahulu. Seorang Profesor dari Malaysia yang bertugas di USA telah membentangkan konsep “The Bridge” di Tun Razak Chair untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Khabarnya, Bajet 2018 hujung bulan ini akan memberikan lebih banyak faedah kepada Sabah dan Sarawak. Mungkinkah Elaun Cola akan diberikan juga kepada Sabahan dan Sarawakian sebagaimana kakitangan awam dari Semenanjung Malaysia? Saya percaya, kesetiaan rakyat Sabah dan Sarawak kepada kerajaan akan diberikan perhatian dalam Bajet 2018 nanti.