Ingat balik ekoran sidang akhbar khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umum kemasukan semula Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam UMNO pasa 17 September lalu ada yang mendakwa ia satu ‘anti-klimaks’.
Ini gara-gara dakwaan pihak tertentu kononnya bekas Menteri Besar Selangor dan bekas Naib Preisden UMNO itu sepatutnya membawa masuk bersama lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Selangor semasa pengumuman itu tetapi gagal.
Sejak itu ramai tertanya betulkah ada rancangan seumpama itu semasa pengumuman yang dibuat di ibupejabat UMNO di PWTC pada hari itu.
Isu ini antara soalan yang ditujukan kepada Muhd Taib ketika beliau adakan sidang akhbar di rumahnya di Shah Alam Isnin…yakni sidang akhbar pertama sejak masuk semula UMNO.
Muhd Taib yang sebelum ini menyertai PAS dan kemudiannya melompat masuk PKR sendiri nampak hairan mendengar dakwaan itu.
Sambil tegas menafikan adanya rancangan membawa masuk lapan ADUN PKR Selangor pada haritu itu beliau menyifatkan ia kerja tukang putar cerita.
“Ia bukan dari saya…saya pun tidak tahu dari mana spinmaster (kaki putar cerita) itu dapat maklumat ini,”katanya.
“Saya nak masuk semula UMNO…taka da nak bawa sesiapa,”tambahnya.
Para pemerhati menilai dakwaan itu sengaja disebar untuk gambarkan sidang akhbar Perdana Menteri pada 17

Loading...
September itu sesuatu yang anti-klimaks.
Mereka berpendapat sesuatu langkah politik yang tidak lojik dan buang masa kerana pilihanraya umum sudha tidak lama lagi.
Pada sidang akhbar itu Muhd Taib juga secara terbuka memohon maaf kepada orang Melayu kerana tinggalkan UMNO seketika.
Katanya beliau bimbang pada kemungkinan Melayu hilang cengkaman kuasa.
Muhd Taib kata tanpa kuasa politik siapa nak jaga orang Melayu.
“Sehingga hari ni orang Melayu kadang-kadang sudah alpa bahawa menguasai politik itu sangat penting untuk masa depan orang Melayu.
“Kita kena betulkan kembalikan kuasa politik mesti dalam gengaman melayu,” tegasnya.
Sambil mengimbas kembali kejayaan Perdana Menteri Pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Mat Taib berkata, kemakmuran dan kemajuan Malaysia telah berjaya dinikmati oleh rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum hasil acuan yang dicipta bapa kemerdekaan negara itu.
“Itulah yang berjaya dilakukan oleh Tunku. Orang Melayu mesti menguasai politik di tanah air sendiri, mentadbir negara dan memberi peluang kaum lain untuk terus maju.
“Ketika itu orang Melayu pegang politik, orang Cina boleh teruskan berniaga dan majukan ekonomi dan orang India diberi peluang pada di bidang profesional seperti doktor dan peguam,” jelasnya.
Berkelana selama lima tahun di luar UMNO, Muhd Taib menegaskan perjuangan membela kaum Melayu tidak pernah diberikan keutamaan oleh pembangkang.
“Saya hadir dalam mesyuarat mereka, semua kaum ada ketika itu dan kita tak boleh langsung sebut hal Melayu, membela nasib Melayu.
“Tapi nampaknya seperti nak bunuh terus orang Melayu.
“Dan saya nampak UMNO lah sebuah parti yang menjadi wadah kepada orang Melayu untuk mempertahankan kuasa politik,” katanya.