Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Inilah dikatakan Pembangkang Bangang...Tang Kena Kat Mereka Pong Pong Bising

Pakatan pembangkang nampaknya benar-benar mengambil kesempatan di atas pelaksanaan undang-undang dalam negara untuk kepentingan politik mereka walaupun kesalahan jelas dilakukan oleh pemimpin mereka dan sudah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

Sesiapa sahaja yang dihukum penjara oleh mahkamah atas dasar merit kerana disabitkan bersalah, mereka akan pusing cerita dengan menipu atas nama solidariti berhimpun dan menghasut orang ramai kononnya pemimpin yang dipenjarakan itu adalah wira rakyat sebenar. Bekas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebelum ini yang dihukum penjara kerana meliwat orang, dilayan seperti wira apabila pembangkang berkumpul di hadapan Penjara Sungai Buloh menyalakan lilin untuk memberi sokongan kepada Anwar.

Padahal itu kali kedua Anwar dipenjarakan dek kerana tabiat homoseksualnya sendiri. Ada orang ramai yang terpedaya dengan hasutan, mereka akan hadir dan memberikan sokongan tapi setakat ini kehadiran gagal mencapai sasaran yang mereka harapkan. Selepas Anwar, pemimpin gerakan BERSIH, Maria Chin Abdullah juga diberi layanan yang sama apabila ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketika itu mereka berkumpul dan mendesak pihak berkuasa membebaskan Maria Chin yang sepatutnya boleh ditahan selama 28 hari untuk siasatan. Padahal, pada himpunan haram BERSIH 5, berapa banyak tuduhan tipu dan fitnah yang dibuat beliau ke atas kerajaan dipandang sebelah mata oleh orang ramai.

Lakonan menagih simpati pemimpin pembangkang menggunakan tindakan tahan ke atas Maria Chin untuk menggambarkan beliau sebagai hero.
Loading...
Terbaru, Ahli Parlimen PKR Batu, Tian Chua terpaksa dikorbankan pembangkang untuk dipenjara sebulan kerana dituduh menolak perintah untuk meninggalkan Kompleks Latiha Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) di Jalan Semarak, pada 29 April 2012 selepas berada di sana sehari sebelum himpunan BERSIH 3.

Dia menarik balik rayuannya Jumaat minggu lepas, dan memilih untuk dipenjarakan. Malam tadi, pembangkang menggunakan itu ini sekali lagi untuk ambil kesempatan.

Peguam Latheefa Koya memaparkan lukisan lakaran yang dibuat oleh Tian Chua menggambarkan keadaan selnya di dalam Penjara Kajang dengan menggunakan keadaan sebagai banduan untuk menarik simpati rakyat.

Tian Chua disanjung sebagai wira dengan mengatakan dia sanggup mengorbankan kebebasannya untuk berada di penjara.

Orang ramai yang berfikir dengan lebih teliti sudah tahu macam mana perangai Tian Chua yang memang suka ingkar arahan polis untuk bersurai termasuk pernah duduk bersila di hadapan sebuah lori Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ketika Reformasi dan ditangkap pada masa itu.

Tidak sampai 200 orang berkumpul yang bukan semua penyokong Tian Chua di luar Pusat Khidmat Tian Chua di Sentul kononnya menunjukkan sokongan solidariti kepadanya yang akan menjadi banduan sampai tarikh 27 Oktober ini.

Mereka ambil kesempatan atas kesalahan yang dilakukan oleh Tian Chua dengan mengambil kutipan derma pula yang dapat mengumpul RM740.

Selepas ini, seorang lagi pemimpin yang bakal dipenjara ialah Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang sudah dihukum penjara selama 18 bulan kerana mendedahkan laporan yang termaktud di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Tapi jika ke penjara Rafizi bakal hilang statusnya sebagai Ahli Parlimen PKR Pandan kerana dihukum penjara lebih dari setahun. Kalau boleh, ada undang-undang digubal untuk menghukum pihak yang mempermainkan pelaksanaan undang-undang kehakiman ini untuk kepentingan mereka. Mereka didapati bersalah di mahkamah tapi pembangkang pusing cerita dan mahu mereka didapati tidak bersalah di atas pentas politik.
Loading...
Back To Top