Fitnah berterusan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menyertai DAP, Datuk Zaid Ibrahim menuduh PAS menerima rasuah RM90 juta daripada UMNO menunjukkan beliau sebagai rosak akhlak, kata PAS.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zudhi Marzuki berkata, sungguhpun PAS berkali-kali menafikan dan sudahpun mengemukakan saman kepada pengendali Sarawak Report yang memulakan fitnah berkenaan, Zaid terus menuduh PAS menerima rasuah.
“Apa yang di ulang-ulang oleh Zaid Ibrahim ini, bagi saya beliau bukan lah seorang yang berkredibel untuk bercakap tentang politik ini. Dia seorang yang sudah ‘muflis’ dari segi politik dia. Seorang yang sudah tidak diterima oleh banyak pihak hanya DAP yang boleh menerimanya.
“Dia seorang yang sudah muflis dari segi idea politik dan rosak dari segi politik. Semua orang kenal dia. Dari segi peribadi dia, akhlak dia, dari segi kepada prinsip-prinsip

Loading...
akhlak Islam memang dia terkeluar daripada segi itu,” katanya dipetik portal berita Antarapos.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab tuduhan Zaid di blognya mendakwa PAS “mengaku warak namun hakikatnya bersikap kebendaan”.
Justeru, Zaid menggesa agar PAS menunjukkan bukti bahawa parti berkenaan tidak pernah menerima rasuah daripada UMNO atau Barisan Nasional (BN).
Pada Ogos lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengemukakan saman di Mahkamah London ke atas editor blog Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown diatas fitnah PAS menerima rasuah RM90 juta daripada UMNO.
Mahkamah memberi tempoh 21 hari kepada Clare untuk mengemukakan bukti terhadap dakwaannya bagi membolehkan mahkamah memulakan perbicaraan namun beliau gagal berbuat demikian dan mengakui bahawa asas tuduhannya berdasarkan khabar angin.
Ujar Dr Zuhdi, segalanya telah jelas sewaktu pengurusan kes bahawa Clare mengakui fitnah PAS menerima rasuah sekadar tuduhan semata-mata.
“Kita (PAS) saman pihak yang dijadikan sandaran. Macam beberapa ahli politik di Malaysia ini membuat tuduhan, mereka menyandarkan kepada Sarawak Report. Walaupun kita tahu siapa yang besarkan sumber dari Sarawak Report.
“Jadi sandaran-sandaran itu, kita sandarkan kepada Sarawak Report, pihak yang menjadi sumber kepada tuduhan-tuduhan ini,” jelas Dr Zuhdi.